Isnin, 30 April 2012

Slot Akasia TV3 - Cinta Buat Emelda

Cinta Buat Emelda, Slot Akasia

Drama Cinta Buat Emelda arahan Abang Bob Hashim memaparkan cerita yang penuh dengan konflik keluarga, cinta, persahabatan dan yang paling penting penuh dengan emosi. Drama bersiri 24 episod terbitan MIG Production Sdn Bhd, telah mula bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada 26 Mac 2012 jam 7 malam.

Drama ni membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya Almy Nadia, Fizo Omar, Rabecca Nur Al-Islam, Erry Putra, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz termasuklah pelakon comel, Adik Mia Sara Nasuha dan Adik Rykal Iskandar dan ramai lagi.

Amran Ismail ( Emeriz ) dan Diana Amir ( Azida )


Almy Nadia ( Emelda ), Fizo Omar ( Aeril Fatah ) dan Mia Sara ( Dania )






Mia Sara - Comel tak Mia



Almy Nadia - Watak Emeira berambut pendek



Turut dibantu oleh Erry Putra, Rykal Iskandar dan Nuremy Ramli


Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda

Fizo Omar sebagai Aeril Fatah

Almy Nadia sebagai Emelda / Emeira.

Mia Sara Nasuha sebagai Dania

Diadaptasi daripada novel 'Kasih Antara Kita', drama tersebut berkisar mengenai kehidupan Emelda dan Emeira adalah saudara kembar. Kehidupan Emalda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania dan kematian kembarnya.

Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mulai renggang. Walaupun tiada lagi persefahaman di antara Emeriz dan Emelda, namun Emeriz begitu menyayangi Dania.

Tanpa diduga, Emelda bertemu Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania. Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil mengimbas kembali waktu lalunya. Rupa paras Emelda menyerupai seseorang yang dikenalinya. Di fikiran Aeril, siapakah Emelda? Namun bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak 7 tahun yang lalu.

Aeril begitu berminat untuk mendekati dan menyelami sisi kisah hidup wanita bernama Emelda. Pada masa yang sama, Emelda gusar jika ia berlaku dan Aeril mahu merampas Dania daripadanya. Namun Emelda terpaksa akur apabila Aeril meminta penjelasan daripada Emelda mengenai Dania. Emelda mengaku bahawa Dania adalah anak Aeril.

Meskipun pada mulanya Aeril menjadi serba salah setelah mendapati Dania adalah anaknya, namun lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania mula memanggil Aeril, 'Papa'. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda walaupun Emelda tidak bersetuju.

Emelda telah menolak hasrat Aeril untuk mengahwininya, namun Aeril masih tetap dengan pendiriannya. Aeril menghantar rombongan meminang ke rumah Emelda tanpa pengetahuan keluarga Emelda. Aeril juga memberanikan diri memberitahu keluarga Emelda bahawa dia merupakan ayah kandung kepada Dania.

Emelda akhirnya terpaksa akur dengan hasrat Aeril dan sanggup memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah. Meskipun hatinya tidak pernah terbuka untuk insan yang bernama Aeril Fatah, namun demi Dania dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh. Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta?


4 ulasan:

  1. sepertinya bakal seru nih cerita.sinetron yang bermutu..

    BalasPadam
  2. MJ layan gak drama ni, tapi minggu ni minggu akhir kan.. huhuuu-sedey :)

    BalasPadam
  3. Saya pun sama. Kalau dah babak sedih tu, boleh nggis...yalah mggu ni mggu terakhir, tp seindah sakura pun tentu best...

    BalasPadam