Khamis, 2 Januari 2014

Dua Beranak Maut Dibunuh

Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU: Dua beranak ditemui mati berlumuran darah akibat dibunuh di dalam bilik di rumah mereka di sebuah pangsapuri berhampiran Kip Mart Tampoi di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, S Patmavathy, 63, dan anak lelakinya, S Suba, 40, disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah. 

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa yang memaklumkan kejadian selepas melihat kesan darah di bahagian depan rumah mangsa. 

"Pintu rumah berkenaan bertutup tetapi tidak berkunci dan kami menemui dua beranak itu terbaring di dalam bilik.

"Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Aminah ( HSA ) untuk bedah siasat,"katanya.

Dua lelaki warga asing yang dipercayai terbabit dengan kes pembunuhan ini kini diburu bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan