Rabu, 1 Januari 2014

13 Restoran Makanan Laut Dipecah Masuk

Gambar Hiasan

MIRI: Seramai 13 pengusaha restoran makanan laut di Tanjong Lobang masing-masing mengalami kerugian sekitar RM1,000 apabila kedai mereka dipecah masuk pada malam Ahad lalu.

Dalam kejadian berkenaan, salah seorang daripada pemilik restoran menyedari kedainya dipecah masuk apabila melihat keadaan bersepah pada jam 8.30 pagi Isnin.

Peti ais yang menempatkan semua bahan makanan dan minuman untuk dijual pula telah habis dicuri. Dipercayai pencuri memasuki kedai berkenaan melalui pintu dan tingkap.

Menurut salah seorang pengusaha yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 40, kejadian seumpama telah berlaku sebanyak tiga kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan