Khamis, 2 Januari 2014

Program Himpunan Rakyat Di Padang Merdeka Tidak Mendapat Sambutan

Anggota polis mendengar taklimat sebelum berkawal di Padang Merdeka dan beberapa lokasi lain di Kuching.

KUCHING: Kelibat kumpulan yang didakwa akan mengadakan Program Himpunan Rakyat (Protes Kenaikan Harga Barang) tidak kelihatan berhimpun di Padang Merdeka. Protes yang dirancang Persatuan Anak Muda Sarawak (PAMS) tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan.

Sebelum ini PAMS menerusi Facebook dan sistem pesanan ringkas (SMS) mengajak anak muda tempatan berkumpul untuk membantah kenaikan harga barang dengan tema pakaian serba hitam.

Pihak yang bertanggungjawab menganjurkan protes itu kemudiannya menunda tarikh perhimpunan sebagai tanda akur dengan arahan pihak berwajib.

Beberapa laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik sejak minggu lepas berhubung rancangan protes itu. - UTUSAN BORNEO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan