Rabu, 1 Januari 2014

JUDI HARAM: 20 Individu Ditangkap

Gambar Hiasan

SIBU: Polis menangkap 20 individu di sebuah premis kedai yang menjalankan kegiatan perjudian haram secara atas talian di Jalan Delta, di sini pagi kelmarin.

Dalam Ops Dadu itu, polis mendapati 10 pelanggan termasuk dua wanita sedang asyik bermain pelbagai jenis permainan judi menggunakan komputer manakala sembilan orang yang lain yang hanya menjadi penonton turut ditahan.

Semua mereka termasuk seorang penjaga kaunter lelaki turut diheret ke balai untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas 11 set komputer termasuk satu set komputer di kaunter, satu modem dan wang tunai berjumlah RM448.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan