Khamis, 2 Januari 2014

Dua Lelaki Maut Setelah Kereta Rempuh Pokok

REMUK: Keadaan kereta Proton Iswara mangsa selepas kemalangan tersebut.

MAUT: Anggota paramedik mengesahkan kematian seorang daripada mangsa di tempat kejadian.

KUCHING: Dua lelaki maut dalam kemalangan jalan raya setelah kereta yang dinaiki mereka merempuh sebatang pokok di Batu 9, Jalan Kuching-Serian awal pagi semalam.

Kedua-dua mangsa yang berusia 34 tahun itu, berasal dari Serian dan hanya dikenali sebagai Chai (pemandu) dan Lai (penumpang).

Menurut sumber, semasa kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke Serian sebelum kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka itu terbabas lalu merempuh pokok iaitu sekitar jam 5.30 pagi.

Orang ramai yang menyedari kemalangan tersebut kemudian segera membantu mangsa selain turut menghubungi pihak polis dan ambulans untuk bantuan.

Bagaimanapun, seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Beberapa anggota bomba dan penyelamat juga dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kereta. Mayat mangsa kemudian dihantar ke HUS untuk dibedah siasat.

Difahamkan, terdapat dua kemalangan yang meragut tiga nyawa dilaporkan berlaku di lokasi yang sama sejak 31 Disember lepas. - UTUSAN BORNEO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan