Pantai Bungai Bekenu
MIRI: Sambutan tahun baharu kelam bagi sekumpulan warga asing apabila seorang daripada rakan mereka hilang dipercayai lemas di Pantai Bungai, Bekenu semalam.
Dalam kejadian itu, sekumpulan warga asing menggunakan kesempatan cuti sempena tahun baharu untuk berkelah bersama.
Bagaimanapun, menjelang tengah hari difahamkan salah seorang daripada mereka lemas ketika berenang di pantai berkenaan.
Seramai sembilan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat setelah menerima laporan.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut. Sehingga jam 4 petang semalam, belum ada sebarang perkembangan mengenai mangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan