MIRI: Seorang pemuda didenda RM3,500 atau lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret pagi semalam kerana kesalahan memiliki selaras senapang patah buatan sendiri secara haram.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Lovely Natasha Charles setelah Abu Bakar Samin, 21, dari Kuala Baram mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati ada memiliki selaras senapang patah buatan sendiri yang boleh berfungsi tanpa mempunyai lesen atau permit yang sah. Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 petang, 29 Mei lalu di rumah pekerja Mui Min Welding Workshop, Kuala Baram Industrial Estate, Fasa 2.
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor - Utusan Borneo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan