Selasa, 19 Jun 2012

Remaja Nafi Pecah Rumah, Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

MIRI: Mahkamah Majistret pagi semalam membebaskan seorang remaja lelaki dengan ikat jamin RM2,000 berserta dua penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan melakukan pecah rumah dan curi. Mahkamah kemudian menetapkan 16 Julai depan untuk perbicaraan lanjut.

Arddy Gapor, 19, dari No. 99 Kampung Tunku Abdul Rahman, Lambir telah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama. Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan pecah rumah dan curi dengan memecah masuk sebuah rumah kepunyaan Franky Yong Jin Choi dan mencuri satu unit mesin pemotong rumput jenama Stihl.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama seorang yang masih bebas pada jam 1 pagi, 12 Jun lalu di rumah pekerja Lot 560 Batu 7, Lambir - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan