MIRI: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret pagi semalam kerana kesalahan memiliki sebuah komputer riba curi. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Lovely Natasha Charles setelah menimbangkan beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.
Ramli, 24, dari Pontianak, Indonesia telah didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati dengan curang telah menerima atau menyimpan harta curi iaitu sebuah komputer riba jenama Acer berwarna biru milik Yatanzian Yap.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama dua yang lain pada jam 4.25 petang, 9 Jun lalu di Imperial Mall - Utusan Borneo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan