Isnin, 25 Jun 2012

Remaja Mulut Celupar Dibunuh

BATU PAHAT - Gara-gara menghamburkan kata-kata maki hamun, seorang remaja lelaki maut dibelasah dan ditikam berdekatan sebuah pusat beli-belah di Taman Flora di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa, Aw Soon Meng, 17, ditikam dengan pisau dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai di sini.

Suspek yang berusia 20-an bersama tiga rakannya dikatakan ke pusat beli-belah itu untuk mencari lelaki yang hanya dikenali sebagai Kelvin bagi menyelesaikan masalah berhubung satu sindiran di Facebook.

Bagaimanapun, mereka gagal menemui orang yang dicari sebaliknya bertemu dengan mangsa yang merupakan rakan kepada Kelvin.

Mangsa yang dipercayai enggan bekerjasama telah membangkitkan kemarahan suspek menyebabkan suspek mengetuk kepala mangsa dengan objek keras menyebabkan mangsa membalas dengan menghamburkan kata-kata kesat - Kosmo


Coretan - Kasihan juga lepas membaca ni. Orang yang tak bersalah pulak menjadi mangsa. Pengajaran bagi kita semua, kalau orang tengah marah janganlah menambahkan lagi kemarahan orang tersebut. Berdiam diri adalah jalan terbaik. Masa marah ni, kadang2 kita tak tahu apa yang kita buat tu betul ke salah... Sesiapa yang mempunyai sikap panas baran tu, jagalah tingkah laku...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan