Jumaat, 22 Jun 2012

Slot Akasia TV3 - Dejavu Di Kinabalu


DEJAVU DI KINABALU, gandingan Tiz Zaqyah & Aqasha, buah tangan terbaru di slot Akasia karya indah arahan dan nukilan skrip oleh Eirma Fatima mulai 18 Jun, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7malam. 

Sinopsis Dejavu Di Kinabalu

Tiz zaqyah sebagai Nadira

Aqasha sebagai Ammar

Aishah Ilias sebagai Innara

Nazim Othman sebagai

Dejavu Di Kinabalu menceritakan mengenai kekasih Ammar, Innara yang meninggal dunia dan menderma jantungnya kepada Nadira. Nadira yang juga pesakit jantung sangat bersyukur kerana dapat menjalani pemindahan jantung ketika nyawanya di hujung tanduk.

Bazli, kekasih Nadira sangat mencintainya dan menjaganya dengan baik sepanjang dia sakit. Nadira berasa amat terhutang budi pada Bazli. Takdir menemukan Ammar dengan Nadira secara tidak sengaja. Ammar mahupun Nadira tidak mengetahui bahawa jantung yang ada dalam diri Nadira adalah milik kekasih Ammar iaitu Innara.

Takdir jugalah yang menemukan mereka kembali apabila ditugaskan untuk menyiapkan projek yang diusahakan syarikat Bazli. Ammar terus jatuh cinta dengan Nadira dan dia berasakan Innara ada dalam diri Nadira. Melihat Nadira, seakan-akan melihat cinta hatinya yang sudah mati. Degup jantung Nadira pula semakin laju apabila terpandang Ammar. Mereka berdua saling tertarik dan cuba untuk menghindari perasaan itu.

Semakin lama Nadira cuba lari, semakin dekat Ammar dengannya. Nadira keliru antara perasaannya pada Ammar dan cinta Bazli yang sanggup berkorban apa saja untuknya. Apakah Nadira menerima cinta Ammar? Bagaimana pula dengan teman lelakinya, Bazli?

Kehilangan Inara sememangnya memberi kesan mendalam terhadap Ammar

Berdegup pantas denyutan jantung tatkala berhadapan dgn kekasih hati..


"Semadikan cinta kita di puncak Gunung Kinabalu.."



















Aqasha sebagai Ammar

Tiz zaqyah sebagai Nadira

Gandingan yang mantap diantara Tiz Zaqyah dan Aqasha



Tiada ulasan:

Catat Ulasan