Selasa, 19 Jun 2012

Anak Didakwa Cederakan Bapa

MIRI: Seorang lelaki didenda RM2,000 atau setahun penjara oleh Mahkamah Majistret semalam atas kesalahan dengan sengaja mencederakan bapa kandungnya.

Jeckles Jimbun, 23, dari Quadruplex Bandar Baru Permyjaya telah didakwa mengikut Seksyen 324 yang boleh membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan ke atas bapanya, Jimbun Bugil, 44, dengan bersenjatakan sebatang besi dan wayar televisyen.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1 petang, 12 Jun lalu di Lot 6285-1-14 Quadruplex, Bandar Baru Permyjaya di sini.

Hasil siasatan lanjut polis mendedahkan semasa kejadian, tertuduh dalam keadaan mabuk dan di bawah pengaruh dadah dengan ujian saringan awal ke atas air kencingnya menunjukkan kesan positif dadah jenis ‘methamphetamine”.

Selain mencederakan bapanya, dia turut memukul adiknya dengan kasut serta menampar ibu saudaranya yang cuba menegurkan.

Siasatan polis juga mendapati tertuduh sering bertindak sedemikian ke atas ahli keluarganya terutama ketika mabuk - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan