Khamis, 21 Jun 2012

Kelibat Buaya Di Sungai Adong, Miri

gambar, foto, buaya besar, buaya, miri, sarawak, tembaga, panjang saiz, dua meter, ancaman, bahaya, mangsa, keselamatan, jejas, takut, serangan reptilia
Seekor buaya yang berehat di tebing Sungai Adong, Miri.

MIRI – Penduduk Kampung Pujut Corner di sini hidup dalam ketakutan berikutan kemunculan dua ekor buaya tembaga sepanjang dua meter di Sungai Adong sejak kelmarin.

Walaupun reptilia tersebut setakat ini belum mendatangkan ancaman kepada penduduk, mereka tetap bimbang kerana sungai itu kerap digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Voong, 56, berkata, dua ekor buaya tersebut sering berjemur di tepi pasir landai di tepi sungai berkenaan.

“Kita bimbang dengan keselamatan penduduk kampung khususnya kanak-kanak yang sering bermain dan mandi-manda di sungai tersebut.

“Jika buaya-buaya itu tidak ditangkap, selagi itulah penduduk hidup dalam ketakutan dan dan saya bimbang ada yang menjadi mangsa serangan reptilia itu,” katanya di sini kelmarin.

Jelasnya, kemunculan buaya di sungai itu bukanlah kali pertama berlaku kerana ia pernah dilihat tahun lalu.


Coretan - Sebelum pindah beberapa tahun yang lepas, saya pernah tinggal di tebingan Sungai Adong ni. Saya masih ingat lagi, masa jemur baju tiba2 buaya timbul kat tengah sungai. Bila saya pangil nenek suruh tengok, dia tengelam balik. Kadang2 tengah malam, terdengar bunyi air sungai berkocak dan ada juga dengar orang cerita pernah tengok anak2 buaya bermain sebab tu kadang2 terdengar bunyi tu. Hehehe...itu saya tak pasti ler...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan