EMBOL (depan) menunggu kehadiran bomoh buaya untuk menangkap Bujan Seblak.
SARATOK – “Saya mahu tangkap buaya itu hidup-hidup."Demikian tegas Tuai Rumah Nanga Sungai Anak dekat Roban di sini, Embol Asum, 48, yang kehilangan isteri tercinta, Siah Munsong, 42, akibat dibaham seekor buaya ganas, Bujang Seblak dalam kejadian pada 19 Jun lalu.
Disebabkan itu, Embol bersama penduduk rumah panjang berkenaan tidak akan menembak atau memburu buaya tersebut pada masa ini sebaliknya menunggu kehadiran bomoh untuk menangkap reptilia pembunuh itu.
Embol ketika dihubungi semalam berkata, dia bersama beberapa penduduk rumah panjang hanya memantau dan meronda di sungai berkenaan bagi memastikan buaya sepanjang kira-kira lima meter dan buta mata kirinya itu masih berada di sungai berkenaan.
Menurutnya, meskipun ada melihat kelibat buaya itu di sungai berkenaan, dia dan penduduk kampung tidak akan menembak reptilia tersebut kerana tidak mahu ia melarikan diri.
“Kita mahu tangkap buaya itu hidup-hidup menggunakan kepakaran bomoh yang dijemput khas ke rumah panjang ini.
“Bomoh dari Skrang, Sri Aman itu tiba di rumah panjang hari ini (semalam) dan dia akan memulakan upacara malam ini sebelum mula menangkap buaya terbabit pada pukul 6 petang esok (hari ini),” katanya - Kosmo
Coretan - Dulu pun pernah seekor buaya yang memakan budak, ditangkap dan dibunuh oleh penduduk kampung. Dalam perut buaya tu macam2 ada termasuklah kaki, tangan budak malang itu. Sungguh menakutkan sekali...
Kisah nyata,seekor buaya yang telah memakan seorang budak, kemudian buaya itu ditangkap dan dibelah perutnya. Kejadian ini berlaku di Sarawak satu ketika dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan