Jumaat, 11 Januari 2013

Dirompak Ketika Nyenyak Tidur


MIRI: Seorang kerani wanita yang sedang nyenyak tidur mengharungi detik cemas setelah dikejutkan dengan kehadiran seorang penjenayah yang menceroboh masuk bilik tidurnya sambil mengacukan sebilah pisau ke arahnya.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin di kawasan Permyjaya, mangsa yang berusia lingkungan 20-an sedang tidur apabila tiba-tiba dikejutkan oleh seseorang yang menceroboh masuk ke biliknya sambil mengacukan sebilah pisau ke arahnya.

Penjenayah terbabit kemudian mengugut mangsa supaya menyerahkan kesemua barangan berharga miliknya.

Setelah beberapa ketika, penjenayah terbabit kemudian melarikan diri sambil membawa dua unit telefon bimbit dan satu unit komputer riba kepunyaan mangsa.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pusat Miri di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan