Jumaat, 11 Januari 2013

Lulus Undang - Undang Kawal Kehamilan


MANILA - Presiden Filipina menandatangani undang-undang bagi menggalakkan kaedah pencegahan kehamilan secara semula jadi dan buatan manusia di samping pendidikan seks dan program perancangan keluarga yang ditentang hebat oleh Gereja Roman Katholik.

Timbalan jurucakap Presiden, Abigail Valte berkata, Presiden Benigno Aquino III menandatangani undang-undang itu pada 21 Disember lalu tetapi pengumuman mengenainya hanya dibuat ekoran isu tersebut dianggap sensitif di Filipina.

Menurut Valte, perkembangan tersebut "menamatkan percanggahan (pendapat) ketara dalam sejarah negara kami" dan "membuka peluang jalinan kerjasama dan perdamaian" dalam kalangan mereka yang menentang dan menyokong undang-undang itu.

Bekas Presiden Persidangan Biskop Katholik Filipina, Bsikop Besar (Besara) Oscar Cruz yang mengecam kerahsiaan dalam menandatangani undang-undang tersebut.

Tegasnya, Aquino III berbuat demikian kerana malu dan takut akan akibatnya. Gereja Katholik menganggap undang-undang itu tidak bermoral dan akan menggalakkan seks bebas.

Undang-undang itu ditandatangani bagi mengekang pertambahan penduduk Filipina yang kini berjumlah 94 juta orang. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan