Jumaat, 11 Januari 2013

Gajah Bermain Bola Sepak

Beberapa ekor gajah menyertai acara bermain bola sepak di Sauraha

SAURAHA, Nepal - Lapan ekor gajah bermain bola sepak dalam pertandingan gajah terbaik yang diadakan di sini baru-baru ini. Pertandingan tersebut diadakan selama tiga hari yang bermula pada Rabu lalu dan berakhir Jumaat lepas.

Selain bermain bola sepak, haiwan-haiwan itu perlu menyertai acara lain seperti gajah tercantik. Haiwan-haiwan tersebut dikalungkan bunga dan mempunyai corak lukisan pada acara gajah tercantik itu.

Setiap haiwan itu dikendalikan oleh pengembala. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan