Jumaat, 11 Januari 2013

Lady Gaga Hasilkan Dokumentari



PENYANYI lagu Bad Romance, Lady Gaga kini dalam usaha untuk menghasilkan sebuah dokumentari yang memaparkan susur galur kehidupan, perjalanan karier, album terbaharu serta kisah-kisah peminatnya sendiri.

Menurut Aceshowbiz.com, dokumentari tersebut akan dirakamkan oleh seorang kenalan rapat Lady Gaga yang juga merupakan seorang jurufoto selebriti iaitu Terry Richardson.

Wanita berusia 26 tahun itu mengumumkan mengenai perkara itu di laman sosial Twitter minggu lalu.

"Selamat Hari Natal semua! Terry Richardson sedang menghasilkan filem Lady Gaga iaitu dokumentari mengenai hidup saya, penghasilan Artpop (album baharu) dan kamu (peminat). Terima kasih kerana bersabar menantikan album Artpop," kata Gaga.

Dalam perkembangan yang sama, Gaga menjelaskan bahawa rakaman tersebut bukan sekadar video konsert bahkan ia hampir menyamai sebuah filem. Dokumentari itu akan ditayangkan pada tahun hadapan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan