Khamis, 10 Januari 2013

Lelaki Terjun Laut Ditemui Lemas

Anggota keselamatan mengangkat mayat Kahar yang ditemui lemas

TAWAU – Seorang buruh warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas nekad terjun ke laut sewaktu pemeriksaan Imigresen di Pusat Pemeriksaan Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) dekat sini ditemui lemas semalam.

Mayat Kahar Kokok, 37, yang lengkap berpakaian dijumpai terapung di perairan Sabindo kira-kira satu kilometer dari lokasi dia terjun oleh orang awam pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Balai Bomba Tawau, Ruzy Fredzek berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.35 pagi daripada orang awam yang memaklumkan penemuan tersebut sebelum mengarahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terapung dan diselaputi lumpur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan