Aku Ada, Kau Ada ??? menampilkan dua bintang yang mendapat jolokan pasangan serasi iaitu Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Dalam filem ini, mereka perlu memainkan watak yang begitu berbeza daripada filem-filem lakonan mereka yang sebelumnya. Di samping itu, pelakon-pelakon lain yang turut sama menjayakan watak dalam filem seperti Kamal Adli, Angah Raja Lawak, Sheila Mambo, Siti Chubby dan ramai lagi. Turut memperkenalkan Wanna Ali dan Sufian Ali, pelakon baru yang cuba di asah bakatnya yang bakal mewarnai dunia seni tanah air.
Rahila Ali, pengarah yang sudah berpengalaman selama 15 tahun dalam dunia pengarahan drama, muzik video dan program hiburan diberi tanggungjawab merealisasikan karya ini dalam bentuk visual. Walaupun Aku Ada, Kau Ada?? adalah percubaan pertama beliau dalam pengarahan filem, dengan komitmen yang tinggi beliau yakin dengan hasil yang telah diberikan. Diharapkan buah tangan pertama dari Rahila Ali mendapat sokongan yang menggalakkan di samping mahukan penonton terhibur dengan jalan cerita yang dipaparkan.
Sinopsis
Shaheizy Sam sebagai Nordin Ahmad
Yana Samsudin sebagai Kartina Dahari
Nordin Ahmad adalah pelajar tahun kedua yang teringin untuk dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sangat sakit hati bila Nordin mendapat perhatian dari pelajar perempuan.
Tina adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor kolej. Tina tidak merasakan dia bermasalah walaupun dia sebenarnya adalah seorang panas baran tahap kronik. Namun bila mereka bertemu semula setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sakit marah Tina menjadi makin menjadi. Masalah menjadi lebih besar bila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Yang jelas, mereka saling membenci.
Aziz suka Tina kerana dia melihat sendiri kebencian Tina pada Nordin. Makin lama mereka bertengkar, Tina tersedar yang dia sukakan Nordin, seperti 15 tahun dulu. Tina rasa dengan luahkan perasaan pada Nordin, dia akan dapat mengatasi sikap panas barannya tapi hanya jika Nordin menerima cintanya. Nordin pula kurang pasti jika dia betul-betul sukakan Tina jadi sebelum sempat Tina luahkan perasaannya pada Nordin, Nordin laksanakan “teknik istimewa”nya ke atas Tina. Melalui “teknik istimewa”nya, Nordin yakin dia sukakan Tina tapi malangnya, teknik Nordin itu buat Tina yakin Nordin bencikan dia.
Tina buat keputusan keluar dari kumpulan. Namun Nordin sedar yang ianya masih tidak dapat menyelesaikan masalahnya selagi dia tidak berterus terang dengan Tina. Namum pada hari persembahan, kumpulan Nordin mengalami masalah bila apa yang dirancang tidak menjadi. Bila keadaan mula terdesak, Tina muncul dan buat persembahan bersama Nordin. Mereka pamerkan sebuah persembahan yang mantap.

Coretan - Tak sabar nak tengok cerita ni...tentu best gilerrr. Tapi sayang ekk, isteri gengster seorang lagi tak der...kalau Intan Ladyana ada kan best? Hehehehe...tapi cinta hati dia ada kat dalam filem ni....
Sam & Yana - Beginilah Caranya
Aku Tak Bisa Menyatakan Perkataan...
Kelu Lidah Bila Berdepan Kamu...
Aku Percaya Pada Naluri Hatiku...
Yang Nyata Sudah Ada Depan Mata...
Tapi Aku Masih Belum Mengenalmu...
Untuk Menikmati Rasa Sebenar-Benar Cinta...
Aku Tahu Di Mana Nak Cari Cintamu...
Di Sini Tak Mungkin Mengalah...
Dengan Apa Yang Mendatang...
Yang Ku Tahu...
Kucuba Yang Terbaik Untukmu...
Yang Indah Jadikan Kenangan...
Yang Duka Perbetulkan...
Begini Caranya Bagi Diriku
Caranya Bagi Diriku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan