Mangsa menunjukkan luka di sikunya
SIBU: Lebih 20 orang awam sekadar menjadi penonton ketika seorang wanita berpaut pada beg tangannya sambil diheret peragut, pagi Selasa lalu. Dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, mangsa berketurunan Cina merupakan seorang ibu berumur dalam lingkungan lewat 40-an baharu sahaja keluar dari keretanya untuk ke sebuah poliklinik di Jalan Oya di sini.
Menurut saksi wanita yang baharu keluar dari poliklinik tersebut, mangsa didatangi oleh seorang lelaki yang cuba merampas beg tangannya, namun mangsa bertindak memeluk erat beg tangannya pada dadanya.
“Saya hairan kerana orang ramai yang berada di kedai kopi berdekatan tidak seorang pun mahu membantu mangsa yang sedang bertarung nyawa dengan dua peragut di situ,” kata saksi yang enggan dikenali. Wanita terbabit yang kurang jelas pendengaran selepas telinganya dirawat di poliklinik pagi tersebut, pada awalnya memikirkan ada orang sedang bergaduh di kawasan berkenaan.
Mangsa mungkin ada menjerit meminta tolong tetapi tiada seorang pun orang awam tampil membantunya. Menurutnya lagi, seorang lagi rakan suspek yang menunggu di atas motosikalnya dekat situ turut menuju ke arah mangsa kelihatan seolah-olah mahu memukul mangsa dengan topi keledarnya.
Mungkin kerana takut dicederakan, mangsa terpaksa melepaskan begnya kepada dua peragut tersebut yang terus memecut lari dari situ. Mangsa bukan sahaja menanggung kerugian wang tunai, kad ATM dan beberapa dokumen peribadi penting, namun juga mengalami kecederaan di bahagian tangan, siku, dada, lutut dan kakinya akibat diheret sejauh 20 kaki di jalan. Hanya telefon bimbit mangsa yang terjatuh dari beg tangannya semasa pergelutan itu dijumpai semula oleh mangsa.
Saksi berkata, dia tidak dapat melakukan apa-apa kerana sedang mendukung anak kecilnya. Dia kamudiannya menemani mangsa pergi ke balai polis untuk membuat laporan mengenai insiden tersebut.
Coretan - Kesiannyer kat mangsa ragut tu... Terheret 20 kaki lagi tu, tak dapat ler nak di bayangkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan