" Kekasih Ku Seru " drama seram lakonan Hairie Othman
" Waris " Sambungan Drama Kekasih Ku Seru
Penampilannya menerusi watak Waris di dalam drama bersiri ‘Kekasihku Seru’ yang ditayangkan pada tahun 2009 di TV3 begitu berkesan kepada penonton. Terbaru, atas permintaan ramai selepas drama ini dinobatkan sebagai Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2009, sekuel berjudul ‘Waris’ menjadi pertaruhan pengarahnya, Kabir Bhatia. Pastinya, penampilan Hairie Othman antara yang dinantikan. Pelakon filem ‘Leftenan Adnan’ ini, dia memberitahu drama ‘Waris’ merupakan penampilan terakhirnya membawakan watak hantu.
“Ingin saya beritahu bahawa ini adalah drama terakhir saya membawakan watak hantu. Keputusan ini dibuat selepas ada beberapa pihak yang menyarankan agar mengurangkan unsur khurafat di dalam filem mahupun drama. Atas sebab itu, saya menyokong saranan yang dikeluarkan.
“Bukan kerana saranan itu semata-mata, sebaliknya ia juga melibatkan beberapa faktor lain seperti peruntukan masa yang diambil sebelum melakonkan watak hantu dengan kesan solekan yang lama serta sering diajukan pertanyaan oleh anak-anak kenapa saya menjadi hantu,” ujar Hairie yang bakal muncul dalam drama ‘Opah’ tidak lama lagi.
Berkongsi tentang dunia pengarahannya pula, Hairie memberitahu yang dia sudah berputus asa untuk mengarah dan lebih selesa bergelar pelakon.
“Jujurnya, saya sudah putus asa untuk mengarah. Saya rasa lebih yakin apabila berlakon berbanding mengarah,” luahnya jujur.
Coretan - Eeee...tak sabar ler nak tengok drama " Waris " ni...tentu best giler ekk macam drama " Kekasih Ku Seru " dulu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan