Selasa, 12 Jun 2012

Slot Samarinda TV3 - Ameera



Drama Ameera akan menggantikan drama Mahabbah dalam Slot Samarinda TV3. Drama ini telah mula ditayangkan pada 23 Mei 2012 pada pukul 10.30mlm pada hari Selasa-Rabu dan pukul 9.30mlm pada hari khamis di TV3. Skrip drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production dan karya Sharifah Abu salem. Nampaknya drama Ameera arahan Murali Abdullah dibarisi oleh pelakon sedang panas dengan kontroversi dan konflik rumah tangga iaitu Syamsul Yusuf dan Rita Rudaini. Tentu drama ini menarik kerana gandingan pelakon yang amat di minati ramai.



Rita Rudaini dan Syamsul Yusuf


Sinopsis Drama Ameera 

Rita Rudaini sebagai Ameera 

Syamsul Yusof sebagai Ameer 

Zarina Zainoordin sebagai Zila 

Jasmin Hamid sebagai Puan Suraya 

Aishah Ilias sebagai Marisha 

Faizal Hussein sebagai Jai 

Hairi Safwan sebagai Faruk 

Reza Hasbi sebagai Zarul 

Khaty Azean sebagai Mak Som 

Sabrina Ali sebagai Rozi


Drama Ameera berkisar kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama empat tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya mendesak Ameer berkahwin dengan Marisha iaitu calon menantu pilihannya.


Ameera disahkan mandul dan amat merasa tertekan. Ameer juga merasa tertekan dengan desakkan ibunya dan dia enggan mengahwini Marisha kerana dia terlalu menyayangi isterinya. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian, akhirnya mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikan selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau sehingga seorang gadis kampung dan miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.










Ameera menawarkan upah Rm350,000 kepada Zila. Ameer pada mulanya membantah namun Ameera merayu supaya menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju. Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Dalam perjanjian yang ditandatangani Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer. Zila akhirnya jatuh cinta pada Ameer. Apakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut itu memakan diri? Bagaimana pula nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk? Segalanya bakal terjawab dalam drama Ameera.

Zarina Zainoordin sebagai Zila

Aishah Ilias sebagai Marisha

Jasmin Hamid sebagai Puan Suraya



Coretan – Tentu skrip drama ni best sampai Syamsul Yusuf menerima tawaran berlakon drama terbitan Zeel Production. Syamsul Yusuf ni kan bukan selalu berlakon drama… Gandingan dengan Rita Rudaini lagi, tentu best giler kan? Sesuai sesangat kan? Rita Rudaini ni cantik sesangat ler, walaupun sudah lebih 30an tetapi apabila digandingkan dengan Syamsul Yusuf…dia nampak muda dan sepadan ler… Tak sabar tengok kesudahan kisah rumahtangga mereka berdua ni...




MOJO - Andai Ku Bercinta Lagi 

Kini kau tiada…
Senafas pun ku perlu mencuba…
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga…
Bersendiri hidup umpama hilang erti…
Bagaimanakah meneruskan hayat ini…

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti…
Tunjukkan di mana…
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka…
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta…
Dengan bayangmu di minda…

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh…
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh…
Bersendiri masa umpama tak beralih…
Berapa lama lagi harus ku merintih…

Malam tidak berpurnama…
Fajar tiada kejora…
Aku hilang di dalam gelita kalbu…
Tanpa dirimu asaku mati…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan