Selasa, 12 Jun 2012

Slot Akasia TV3 - Seindah Sakura




Selepas drama Cinta Buat Emelda, drama Seindah Sakura pula akan ditayangkan dalam Slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam. Drama bersiri 24 episod terbitan Temenggong Pictures yang diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah yang berbakat besar iaitu Zul Huzaimy dan skrip yang ditulis oleh Wan Mahani menampilkan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Eizlan Yusof, Mak Mah dan ramai lagi.

Fasha Sandha sebagai Shaqira

Fahrin Ahmad sebagai Cikgu Airil



Sinopsis drama Seindah Sakura

Fasha Sandha sebagai Shaqira 

Fahrin Ahmad sebagai Cikgu Airil 

Wan Sharmila sebagai Anida 

Mak Mah sebagai Nek Kiah 

Dato’ Eizlan Yusof sebagai Datuk Malik

Drama ini memaparkan kisah sedih menyayat hati kehidupan Shaqira yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama moyangnya sejak mereka ditinggalkan sebatang kara oleh ibunya sejak kecil. Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shaqira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shaqira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama moyang tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shaqira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita. 


Wan Sharmila sebagai Anida

Mak Mah sebagai Nek Kiah

Dato’ Eizlan Yusof sebagai Datuk Malik

Roda terus berputar dan tanpa disedari Shaqira kini sudahpun menjangkau usia remaja dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan baju yang bertampal sana sini, kasut yang koyak rabak, rambut tidak terurus dengan penampilan yang selekeh, Shaqira sering kali diejek oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Kadang kala, Shaqira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shaqira juga menerima kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi demi mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berguna.

 






Sikap Shaqira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shaqira agar gadis itu sedar atas kesilapannya, namun Shaqira langsung tidak mengendahkan teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami situasi orang miskin sepertinya. Ini membuatkan guru baru itu bertambah geram dengan Shaqira dan sering mencari kesalahan Shaqira. Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shaqira yang telah dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shaqira sering tidak hadir ke sekolah. Saat itu, perasaan bersalah bertalu-talu menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shaqira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing. 





Datuk Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang ahli perniagaan yang kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shaqira. Datuk Malik melayan Shaqira seperti anaknya sendiri dan Shaqira pula bersyukur dengan perhatian dan bantuan yang diberikan Datuk Malik. 



Baru beberapa hari dia mengecapi saat gembira bersama moyangnya, Rosnah muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya serta tak bermaya. Shaqira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan tetapi moyangnya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana merasakan Rosnah akan membebankan Shaqira. Telahan Nek Kiah ternyata tepat. Keadaan Rosnah mengakibatkan Shaqira kelam kabut untuk menjaga moyang dan ibunya. Apabila nak ke sekolah saja, Rosnah akan memanggil meminta pertolongan untuk membuang air. Malah ada juga beberapa kali Shaqira tak sempat memapah Rosnah ke bilik air, dan najisnya tercicir di lantai. Shaqira pada mulanya agak tertekan dengan situasi baru yang melanda dirinya tetapi nasihat Airil sentiasa menyejukkannya. 



Orang kampung begitu membenci dengan kepulangan Rosnah yang membawa penyakit AIDS. Malah Shaqira dan Nek Kiah juga terkena tempias menjadi mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau meninggal dunia. Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shaqira dan moyangnya untuk berpindah di rumahnya. Jika sebelum ini Airil jarang ke rumah Datuk Malik tetapi kini dia sering balik setiap hujung minggu untuk menemui Shaqira. Airil makin terpikat dengan sifat Shaqira yang sopan dan penyabar. 


Sejak kehadiran Shaqira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shaqira gadis miskin dan kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya. Shaqira selalu dikutuk dan dihina oleh Anida dan moyang Shaqira yang menjadi tempat Anida melepaskan kemarahannya. Anida memainkan peranannya untuk mempengaruhi Airil tentang keburukan Shaqira yang diciptanya sendiri. Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shaqira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shaqira. Disebabkan cemburu dengan kemesraan antara Airil dgn Shaqira, lalu Anida membuat fitnah untuk menimbulkan perasaan benci di hati Airil terhadap Shaqira. 



Selepas SPM, Datuk Malik menyuarakan hasrat mahu melamar Shaqira. Shaqira amat terkejut dan tak menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya? Adakah Shaqira akan memperjudikan nasibnya dengan berkahwin bersama Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya itu? Ataupun Shaqira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Antara Airil dan Datuk Malik, siapakah menjadi pilihan Shaqira? Apakah tindakan jahat yang akan dilakukan oleh Anida untuk menyekat Shaqira mengecapi kebahagiaan? Mampukah Shaqira menikmati kebahagiaan tanpa pengorbanan? 

Semuanya akan terjawab dalam drama Seindah Sakura dalam Slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam.





Berpisah tetapi dipertemukan semula di Paris






Coretan - Suka sesangat tgok cerita Seindah Sakura ni, best giler!!! Fasha Sandha memang pelakon yang terbaik ler...dia menangis kat drama tu, saya yang tengok pun nak menangis....




Mafa feat Ronnie - Buatku Di Sana

Sering harungi sendiri…
Kekurangan diri… 
Tak mengharap sang cinta…
Mahupun dicinta… 

Tiada rahsia…
Kau Sinar hati ini…
Biarpun hanya sesaat di sisi…
Pelita kala hati berduka…
Kau hulurkan oh tanganmu…
Kala hilang arah… 

Masihkah hadir jua…
Menepis gelora tatkala aku merasa kecewa…
Dunia ku berubah gelap tak bermakna…
Namun semanganmu ada di jiwa…
Harapan kau beri…
Cinta mu bersemi… 

Air mataku tak bisa menitis…
Kau nafas akhir ku…
Kau yang di hati… 

Usah menangis sendiri…
Sayang ku kan pergi…
Usah meratapi…
Kerna ada masa kita…
Ditakdir yang esa…
Cukuplah buat ku di sana… 

Kau sinar hati ini…
Biarpun hanya sesaat di sisi…
Pelita kala hati berduka…
Kau hulurkan oh tanganmu…
Kala hilang arah… 
Ohhh… 

Aku bagai bintang menghiasai alam maya… 
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahaya
Detik percintaan persis satu anugerah…
Aku pinta…
Hanya kau cinta… oooo…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan