Sabtu, 13 Oktober 2012

100 Penduduk Bakal Hilang Rumah


SHAH ALAM – Kira-kira 100 pemilik Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya bakal kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka akan dilelong kerana gagal menjelaskan hutang bank ekoran kesempitan hidup.

Pembeli terbabit kini hanya bergantung harap kepada pemaju hartanah di kawasan tersebut iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menyelamatkan rumah mereka melalui pengambilalihan hutang daripada pihak bank.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India Pangsapuri Desa Mentari Jaya, Siva Murugan berkata, pihaknya mahu kerajaan negeri melalui PKNS mengambil alih hutang tersebut kerana kebanyakan pembeli merupakan mereka yang berpendapatan rendah.

benar PKNS melangsaikan hutang Talam Corporation Bhd. sebanyak RM392 juta, penduduk miskin di Selangor juga patut dibantu.

“Dengan gaji serendah RM1,500 sebulan, kebanyakan daripada kami tidak mampu membayar hutang sebanyak RM350 sebulan kerana perlu menampung kos-kos lain seperti perbelanjaan harian serta belanja anak-anak ke sekolah.

“Kami juga tidak menikmati subsidi air percuma seperti terkandung dalam manifesto pilihan raya Umum 2008 pakatan pembangkang empat tahun lalu,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan