Sabtu, 27 Oktober 2012

SPRM Miri Cari Tiga Lelaki


MIRI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Miri meminta kerjasama orang awam untuk mengesan tiga lelaki yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan siasatan satu kes.

Tiga individu terbabit terdiri daripada Sim Chiew Chai, pemegang Mykad bernombor 790125-13-5259 serta beralamat terakhir di Lot 1449, Lorong 3, Permyjaya Technology Park, Bandar Baru Permyjaya/Lot 4446, Friendship Garden 3, Jalan Miri-Bintulu dan Thian Vui Min (860320-52-6205) yang beralamat terakhir di No. 270, Lorong Krokop 10.

Manakala seorang lagi individu ialah Nartik Mahyan, seorang warganegara Indonesia pemegang pasport Indonesia bernombor T270296 dan beralamat terakhir di Lot 3608, Senadin Shophouse, Miri di sini. Ketiga-tiga individu ini merupakan saksi dalam satu kes yang sedang disiasat oleh SPRM Miri.

Sehubungan itu, kepada penama-penama terbabit atau orang awam yang mengetahui di mana saksi-saksi ini berada, boleh menghubungi Penolong Penguasa Jamal Ayub menerusi talian 085-415405 atau 019-4478082.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan