Isnin, 29 Oktober 2012

Istana Gula - Gula Mariah Carey

Mariah Carey dan suaminya, Nick Cannon

PENYANYI Mariah Carey dan suaminya, Nick Cannon telah merealisasikan minat mereka terhadap gula-gula dan coklat dengan membina sebuah ruang khas untuk menempatkan makanan tersebut dalam rumah mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Kedua-dua mereka begitu menggemari dan menjadi ketagih kepada snek berasaskan gula dan menjadikan ruang tersebut seolah-olah istana gula-gula yang dinamakan Cannon Land sempena nama juri rancangan America's Got Talent itu.

"Kami mengimpikan sebuah bilik yang penuh dengan gula-gula. Gula adalah kegemaran kami," kata pasangan itu kepada US Weekly.

Bilik itu dipenuhi dengan manisan kegemaran mereka antaranya gula-gula daripada jenama Nerds yang merupakan kegemaran Cannon dan SweeTarts yang digemari Mariah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan