Tidak sedarkan diri selepas cedera parah apabila tangan kirinya hancur
KUCHING: Sebuah kilang papan di Sejingkat, di sini gempar pagi semalam apabila seorang pekerjanya hampir terputus keseluruhan tangan kirinya ketika mengendalikan satu mesin di kilang tersebut.
Menurut sumber, mangsa yang berusia 22 tahun, semasa kejadian dikatakan sedang mengendalikan satu mesin pemotong papan sebelum tangan kirinya dikatakan termasuk ke dalam mesin tersebut dalam insiden yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu.
Mangsa kemudian dikatakan menjerit meminta tolong sehingga beberapa rakan sekerjanya bergegas membantu mengeluarkan tangan mangsa yang masih terperangkap di dalam mesin tersebut. Selepas beberapa minit berusaha, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan tangan mangsa.
Melihat keadaan mangsa yang kritikal, penyelia kilang tersebut segera menghantar mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan