Selasa, 30 Oktober 2012

Nomi Dirayu Pulang Ke Pangkuan Keluarga


Nomi dirayu segera pulang ke pangkuan keluarga

SIBU: Ibu kepada tujuh anak berusia setahun hingga 11 tahun menghilangkan diri daripada pangkuan keluarganya.

Suaminya yang berusia 32 tahun seorang buruh, membuat laporan polis selepas isterinya, Nomi Kabar, 40, didapati tidak pulang ke rumah sejak 25 Oktober lalu.

Frankie David Telie meminta bantuan orang ramai untuk mencari isterinya, yang dipercayainya keluar dari rumah sewa mereka di Jalan Mei Hong dekat sini sekitar jam 6.30 pagi.

Katanya, isterinya yang berasal dari Ngungun, Kanowit membawa beg tangan yang mengandungi dokumen penting ketika keluar dari rumah.

Menurut suaminya, dia telah berusaha mencari isterinya di merata-rata tempat selain sudah bertanya kepada saudara-mara namun usahanya itu menemui jalan buntu. Pengadu berkata, isterinya memakai seluar pendek merah jambu dan kemeja-T panjang berwarna coklat.

Katanya, dia telah mengenali isterinya sejak 13 tahun lalu dan mempunyai tujuh anak, tiga perempuan dan empat lelaki berumur dari setahun hingga 11 tahun.

Frankie memberitahu isterinya tidak mempunyai telefon bimbit menyebabkannya sukar untuk menghubunginya.

Kini, anak-anak pengadu dijaga oleh anak sulungnya ketika dia pergi bekerja.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai isterinya diminta untuk menghubungi telefon bimbit pengadu di talian 014-5757129 atau menghubungi balai polis yang berdekatan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan