Isnin, 29 Oktober 2012

Jalan Mendap Terbiar Sebulan

Jalan yang mendap di laluan masuk ke Taman Jelai, Kuala Lipis

KUALA LIPIS – Lebih 300 penduduk di kawasan Taman Jelai di sini bimbang terhadap kejadian jalan mendap yang berlaku di laluan masuk perumahan tersebut sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, kejadian jalan mendap itu menjadi lebih serius ekoran hujan berterusan pada minggu ini. Keluasan jalan yang rosak akibat kejadian mendapan itu ialah 5 meter manakala kedalamannya 3 meter.

Berikutan kejadian itu, semua kenderaan yang keluar masuk ke taman itu bergerak melalui satu lorong sahaja. Dikhuatiri runtuhan tanah yang lebih besar akan berlaku jika kerja pemulihan tidak dilaksanakan segera.

Seorang penduduk, M. Sivasubramaniam, 37, berkata, kejadian itu berlaku sejak sebulan lalu namun sehingga kini masih tiada kerja membaik pulih mendapan dan runtuhan berkenaan.

“Selain hujan lebat, kejadian mendapan ini dipercayai berpunca daripada saluran paip air bawah tanah yang pecah sehingga mengakibatkan struktur tanah di jalan tersebut tidak kukuh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan