Isnin, 29 Oktober 2012

Mayat Ditemui Pada Roda Pesawat

Gambar Hiasan

LAGOS - Satu mayat ditemui pada roda sebuah pesawat kendalian syarikat penerbangan Nigeria, Arik yang berhaluan ke London dan New York.

Menurut jurucakap Arik, Adebanji Ola semalam, mayat lelaki itu ditemui pada roda pesawat Airbus A340-500 selepas ia mendarat di sini dari London, kelmarin.

"Pihak berkuasa dan penerbangan masih menyiasat bagaimana mayat itu boleh berada pada roda pesawat terbabit," katanya. - AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan