Sabariah mengelap air mata kesedihan semasa menziarahi suaminya Ameng
KLUANG – Kehidupan di penjara tidak menghalang vokalis kumpulan Spring, Ameng untuk terus berkarya menghasilkan lagu-lagu menarik khusus untuk peminat.
Ameng yang kini menjalani hukuman penjara lapan tahun serta dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada April 2011 akibat kesalahan dadah, mendedahkan dia telah menghasilkan 10 buah lagu sepanjang berada di balik tirai besi.
Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 44, hampir semua lagu yang dihasilkan berdasarkan pengalaman dia ketika menjalani hukuman di Penjara Kluang di sini.
“Salah satu lagu saya yang bertajuk Tangisan Generasi menceritakan mengenai penyesalan saya dan bagaimana saya boleh lupa diri sekali gus mengajak peminat untuk sama-sama bangkit daripada kejatuhan,” katanya ketika ditemui di Dataran Insaf Penjara Kluang sempena program Jalinan Kasih Hari Raya Aidiladha semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan