Selasa, 30 Oktober 2012

Facebook Bantu Kesan Warga Emas Hilang


SIBU: Laman sosial Facebook membantu mengesan seorang wanita warga emas yang menghilangkan diri dari rumahnya petang Jumaat lalu.

Wanita itu yang mengalami masalah ingatan atau nyanyuk (diamenxia) dikenal pasti oleh polis sebagai Ting Hong Leng, 66, ditemui duduk mencakung di tangga sebuah rumah kedai 24 jam kemudian (petang Sabtu) oleh seorang pemilik kedai di situ.

Polis dari Sungai Merah dikerah ke tempat kejadian dan pada masa yang sama seseorang telah merakam gambar warga tua tersebut dan telah diposkan dalam Facebook pada jam 10.55 malam.

Seorang anak perempuan kepada Ting telah menerima mesej daripada Facebook dan keesokan harinya keluarga Ting pergi ke balai untuk mengambilnya pulang ke rumah mereka di Lorong Lai Chee dekat sini.

“Saya rasa sistem rangkaian sosial telah menjadi satu alat yang amat berkesan untuk mencari seseorang bukan saja di Sibu tapi di seluruh dunia,” katanya yang tidak mahu dikenali.

Sementara itu, anak lelaki Ting yang dikenali sebagai Hii Yik Ing terdahulu membuat laporan polis mengenai kehilangan ibunya.

Hii, 16, berkata ibunya meninggalkan rumah pada petang Jumaat lalu memakai baju kemeja-T dan sepasang seluar pendek berwarna biru.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan