Gambar Hiasan
SIBU: Seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an jatuh pengsan ketika dikejar oleh penguni asrama di kawasan sebuah rumah kebajikan di Jalan Ling Wen Shun dekat sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 9.00 malam, ketika penghuni di situ baharu mahu melelapkan mata, tiba-tiba mereka terdengar munyi dari luar seperti ada orang sedang menceroboh masuk ke kawasan tempat tinggal mereka.
Para penghuni di situ kemudiannya bertindak mengejar dua lelaki tersebut setelah mendapati kelakukan mereka mencurigakan.
Salah seorang daripada suspek berjaya melarikan diri manakala seorang lagi dikatakan tiba-tiba jatuh pengsan dan gagal melarikan diri.
Polis yang dihubungi bergegas ke tempat kejadian dan mendapati suspek berketurunan Iban itu masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ambulans daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang dihubungi polis tiba di pekarangan rumah kebajikan tersebut untuk memberi rawatan awal sebelum suspek dihantar ke Hospital Sibu.
Suspek kini dalam tahanan polis sementara siasatan masih dijalankan. Suspek dipercayai masuk dengan memanjat pintu masuk utama dan dikatakan berada dalam pengaruh alkohol ketika dijumpai pengsan di kawasan rumah kebajikan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan