MARUDI: Seorang lelaki Cina yang bekerja sebagai pekerja bot ekspres dari Kuala Baram-Marudi-Kuala Baram didapati hilang setibanya bot berkenaan di sini pagi semalam. Mangsa dipercayai telah bekerja dengan syarikat bot ekspres tersebut lebih daripada 10 tahun.
Kerani wanita Syarikat Soon Hong Ling Yiik Ing memberitahu bahawa mangsa dikenali sebagai Richard Hwang Huat Yeou @ Ah Yu.
Menurutnya mangsa bersama rakan sekerjanya berlepas dari Dermaga Kuala Baram pada kira-kira jam 8 pagi dan terus ke Marudi dan apabila tiba di terminal ekspres tersebut pada jam 11.40 pagi, mangsa didapati tidak berada dalam bot.
Menurut kru bot tersebut, Hwang Huat Yeou masih dilihat ada dalam bot ketika bot berada di kawasan Lubok Amam, kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan perahu dari pekan ini.
Ketika berita ini ditulis, mangsa yang hilang belum ditemui dan laporan polis telah dibuat oleh pihak syarikatnya dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak juga telah dimaklumkan tentang kejadian itu petang semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan