Sabtu, 27 Oktober 2012

Lelaki Menjadi Mangsa Seluk Saku Hilang Dompet


SIBU: Seorang lelaki pertengahan umur kehilangan dompet selepas dipercayai menjadi mangsa penyeluk saku di Pasar Sentral, pagi semalam.

Mangsa yang membuat laporan polis sejurus kejadian itu berkata, beliau hairan ada orang yang melihat dompetnya dicuri namun tidak memaklumkannya lebih awal.

Katanya, dia hanya menyedari kejadian itu apabila seorang lelaki yang tidak dikenali memberitahunya bahawa dompetnya telah diambil oleh seorang lelaki. Apabila memeriksa saku seluar pendeknya, mangsa mendapati dompetnya sudah hilang.

Yang peliknya, kata pengadu, mengapa lelaki tersebut tidak memberitahunya ketika dia melihat sakunya diseluk orang lain.

Justeru, beliau berharap orang awam yang berada di Pasar Sentral ataupun di tempat tumpuan orang ramai agar memainkan peranan sebagai insan yang lebih prihatin dalam mencegah jenayah jalanan.

Pengadu kehilangan kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM bank dan beberapa ratus ringgit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan