Isnin, 15 Oktober 2012

20 Rumah Dilanda Ribut

Bumbung stor yang diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Kampung Ujong Pasir

SEREMBAN - Sebanyak 20 buah rumah di Taman Lavender Height dan Kampung Ujong Pasir di sini rosak selepas dilanda ribut semalam.

Kejadian pada pukul 3 petang itu menyebabkan bumbung rumah diterbangkan angin. Beberapa laluan ke taman perumahan itu juga terpaksa ditutup ekoran pokok tumbang.

Penduduk Taman Lavendar Height, Siti Ainon Basiran, 41, berkata, beberapa peralatan di rumahnya rosak akibat terkena air hujan berikutan beberapa keping atap rumah diterbangkan ribut.

Katanya, ada jalan masuk ke taman itu terpaksa ditutup bagi menjalankan kerja-kerja membersihkan pokok yang tumbang.

Sementara itu, penduduk Kampung Ujong Pasir, Azhar Abdul Aziz, 47, pula berkata, ketika kejadian, dia sedang bekerja di sebuah bengkel besi sebelum melihat bumbung sebuah stor berhampiran diterbangkan angin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan