Jumaat, 19 Oktober 2012

Google Dedah Pusat Data

Sebuah pusat data Google di Hamina, Finland

SAN FRANCISCO - Syarikat Google kelmarin mendedahkan gambar beberapa pusat datanya yang menunjukkan sejumlah komputer memproses permintaan pengguna internet. Pusat itu memproses permintaan klip video YouTube dan menghantar e-mel kepada berjuta-juta orang.

Imej pusat data itu boleh dilihat menerusi laman web yang baharu diperkenalkan Google iaituwww.google.com/about/ datacenters/gallery/.

Laman tersebut memaparkan lapan buah pusat data utama yang terletak di Amerika Syarikat, Finland dan Belgium.

Google juga akan membina pusat data baharu di Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Chile. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan