Isnin, 15 Oktober 2012

Lori Kargo Lima Tan Terbakar

Gambar Hiasan

MIRI: Sebuah lori kargo lima tan, yang diparkirkan di sebuah gudang barang di Piasau dekat sini, terbakar, dalam satu kejadian lewat petang kelmarin.

Lori tersebut yang masih ada muatan barang di dalam kontenanya, terbakar pada jam 6.15 petang dan disedari oleh orang awam yang lalu di kawasan berkenaan.

Pihak bomba dan penyelamat yang datang ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bomba berjaya memadamkan api sepenuhnya dalam masa 20 minit.

Kepantasan pihak bomba juga berjaya menyelamatkan lori tersebut daripada musnah keseluruhnya dalam kebakaran tersebut, bagimanapun anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan