Rabu, 17 Oktober 2012

Penduduk Pekan Kecil Dipindah Kerana Gas Beracun

Sembur air ke arah kilang bagi menghalang pergerakan 'awan' yang mengandungi gas beracun

BERLIN - Kira-kira 1,400 orang yang tinggal di pekan Bad Fallingbostel, utara Jerman terpaksa berpindah selepas sebuah kilang mengeluarkan 'awan' yang mengandungi gas beracun.

Pihak berkuasa semalam menyatakan penduduk tersebut dipindahkan selepas beberapa pekerja melakukan kesilapan di kilang Kraft Foods di pekan tersebut.

Semua sekolah dan tadika juga ditutup. Setakat ini tiada laporan tentang kecederaan dilaporkan.

Kejadian tersebut berlaku apabila asid dicampurkan ke dalam sebuah tangki mengandungi natrium hidroksida yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Bagaimanapun, campuran itu menyebabkan gas tersebut dihasilkan.

Pakar-pakar di kilang berkenaan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan