Jumaat, 19 Oktober 2012

Warga Asing Dipenjara Sebulan


MIRI: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Sesyen pagi kelmarin kerana kesalahan tinggal di negeri ini melebihi tempoh sah yang dibenarkan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran sebaik selesai menjalani hukuman penjara kelak .

Fab Chong Tjhin, 25, dari Singkawang, Indonesia telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh telah ditangkap pada jam 11 pagi, 8 Oktober lalu di pekarangan Balai Polis Pusat Miri kerana didapati warga asing dan masih tinggal di negeri ini setelah pas lawatan sosial yang dikeluarkan kepadanya tamat tempoh sah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan