Sabtu, 6 Oktober 2012

Warga Emas Koma Dilanggar Lori


SIBU: Seorang lelaki warga emas koma selepas dilanggar lori ketika berjalan kaki di Jalan Igan di sini, pagi kelmarin.

Mangsa yang hanya dikenali sebaga Liew, 60-an, cedera parah di bahagian kepala dan masih tidak sedarkan diri ketika ambulans Rescue 991 daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba di tempat kejadian.

Mangsa berlumuran darah di kepala semasa paramedik memberi rawatan awal dan difahamkan mungkin akan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan