Jumaat, 19 Oktober 2012

Dua Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes ‘Tarik Duit’


KUCHING: Dua lelaki dari Tebedu semalam ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan polis berhubung kes tipu ‘tarik duit’.

Suspek berusia 50 tahun dan 46 tahun itu dipercayai telah terlibat dalam penipuan wang berjumlah RM6,500 terhadap seorang lelaki berusia 38 tahun.

Difahamkan pengadu bertemu dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Haji’ di sebuah hotel tempatan. Mereka telah diperkenalkan oleh suspek berusia 50 tahun.

‘Haji’ kemudian memberitahunya bahawa mereka akan bertemu dengan seorang wanita yang dipercayai untuk menjadi orang yang boleh ‘membuat wang’ (tarik duit). Suspek berusia 46 tahun dikatakan rakan subahat.

Pengadu meletakkan wang tunai RM6,500 itu dalam kotak yang didakwa akan berlipat kali ganda sehingga RM200 juta.

Bagaimanapun pengadu mendakwa bahawa dia tidak menerima wang atau berita mengenai perkara itu. Menyedari sesuatu yang tidak kena berlaku, pengadu kemudian membuat laporan polis.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menipu yang boleh membawa hukuman maksimum penjara sehingga 10 tahun dan sebatan atau denda jika sabit kesalahan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan