Khamis, 18 Oktober 2012

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Ragut


KUCHING: Dua lelaki ditahan awal pagi semalam untuk membantu siasatan polis berhubung kes ragut di Jambatan Tun Salahuddin yang dilaporkan berlaku Selasa lepas.

Kedua-dua suspek yang berusia 17 dan 25 tahun telah ditahan di rumah masing-masing yang terletak di Kampung Gita Laut dan Matang selepas pihak polis berjaya menjejaki motosikal yang digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut.

Menurut sumber, kedua-dua suspek telah meragut rantai emas seorang wanita berdekatan Jambatan Tun Salahuddin baru-baru ini.

Bagaimanapun, nombor pendaftaran motosikal yang digunakan oleh suspek telah dicatatkan oleh mangsa yang kemudian memudahkan pihak polis menjejaki kedua-dua suspek.

Sementara itu, seorang lelaki warga tempatan turut ditahan kerana dipercayai membantu suspek menjual rantai emas tersebut dengan harga RM2,000 di sebuah kedai emas di pusat bandar.

Ketiga-tiga suspek kini masih ditahan untuk membantu siasatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan