Khamis, 11 Oktober 2012

Gangguan Air Di Kawasan Jalan Jee Foh Hari Ini


MIRI: Gangguan bekalan air akan berlaku pada hari ini (Khamis) di kawasan Jalan Jee Foh 2 dan 3 serta di sekitarnya.

Menurut kenyataan LAKU Management Sdn Bhd (LAKU) yang difakskan kepada Utusan Borneo, gangguan berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja perpaipan di sepanjang Jalan Jee Foh 2.

“Gangguan bekalan air bakal berlaku antara jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari yang dimaksudkan,” jelas kenyataan itu.

Jika cuaca tidak mengizinkan, kerja-kerja bakal disambung hari berikutnya pada masa yang sama.

Oleh yang demikian, para pengguna dinasihatkan untuk menyimpan air bagi kegunaan seharian secukupnya ketika gangguan berlaku.

LAKU turut memberitahu kekesalan bagi pihaknya terhadap kesulitan yang bakal diterima oleh pengguna di kawasan tersebut dan sedaya upaya akan menyelesaikan kerja-kerja berkenaan secepat mungkin.

Bagaimanapun, jika memerlukan khidmat bekalan air secara kecemasan, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggannya 085-436626/426626. - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan