Rabu, 17 Oktober 2012

Gangguan Bekalan Air Di Jalan Bakam


MIRI: Beberapa kawasan yang terletak di Jalan Bakam, di sini akan mengalami gangguan bekalan air bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang pada 17 Oktober ini (Rabu). Gangguan itu berlaku disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan paip utama di sepanjang Jalan Bakam di sini.

Kawasan-kawasan yang terlibat seperti Luak Bay, Strawberry Park, Shangrila Garden, Ocean Park, Kampung Luak, Yhde Park, Sekolah Menengah Sains Miri, Institut Pendidikan Guru Malaysia Sarawak (IPGMS), Taman Interhill dan Grace Garden.

Turut terjejas ialah Kampung Siwah, Jalan Sungai Rait, Upper Tukau, Middle Tukau, Lower Tukau, Kampung Baluboh, Kampung Raan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Miri, Kampung Tukau Jaya, Kampung Pusil, Kampung Bakam, SK Tukau dan kawasan sekitarnya.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air bersih yang secukupnya untuk kegunaan pada hari tersebut nanti.

Bagaimanapun, sekiranya penduduk di kawasan terbabit memerlukan bekalan air mendadak, mereka boleh menghubungi terus talian khidmat pelanggan di 085-436626/426626 bagi mendapatkan bantuan.

Sekiranya cuaca tidak mengizinkan pada hari tersebut, kerja-kerja penyelenggaraan akan ditunda pada hari berikutnya.

Sehubungan itu, pihak Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku selama tempoh gangguan tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan