Selasa, 16 Oktober 2012

Lelaki Maut Selepas Motosikalnya Bertembung Dengan Myvi


SIBU: Seorang lelaki berasal dari Julau meninggal dunia serta-merta setelah motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi di Tanjung Manis dekat sini, semalam.

Mangsa, Cimbi Pandang, 50, meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala dan lehernya. Kemalangan berlaku kira-kira jam 1 petang, ketika dia menunggang motosikal pulang ke rumah selepas bekerja di sebuah syarikat di Tanjung Manis.

Pasukan ambulans yang berada di Tanjung Manis telah bergegas membawa Cimbi ke Unit Kecemasan Hospital Sibu pada jam 1.30 petang dan dia telah diisytiharkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang.

Sementara itu, seorang pekerja di sebuah kedai loteri di sini ditahan polis pada Ahad lalu kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian wang tunai RM50,000 milik kedai tersebut.

Wanita yang dalam lingkungan umur 20-an itu direman untuk tiga hari bermula semalam. Sebelum ini, wanita berkenaan bertanggungjawab dalam proses pemungutan wang dalam kedai berkenaan.

Individu yang menguruskan premis terbabit sebelum ini telah menyedari kehilangan wang bermula dari Ogos dan September sebelum melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan