Jumaat, 19 Oktober 2012

Myvi Terbabas, Pemandu Nyaris Maut

Gambar Hiasan

SIBU: Seorang lelaki berasal dari Daro nyaris maut apabila kereta Myvi yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang dekat Jalan Tanjung Manis petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Mardu Catun, 46, berketurunan Melanau sedang dalam perjalanan dari kampungnya menuju ke Tanjung Manis apabila kemalangan itu berlaku sekitar jam 2 petang.

Mangsa cedera di bahagian belakang kepala, dada dan kaki selepas kereta yang dipandunya terhumban ke dalam parit berkenaan.

Orang awam yang melintas jalan di situ menghubungi ambulans dari Klinik Kesihatan Tanjung Manis untuk menghantar mangsa ke hospital di sini.

Mangsa juga mengalami gegaran otak pengsan setibanya di hospital. Keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan dan kini dimasukkan ke dalam wad.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan