Sabtu, 13 Oktober 2012

Sarung Telefon PopMyCase Ke Indonesia, Australia

Josafri menunjukkan sarung telefon untuk iPhone 5 keluaran PopMyCase

KUALA LUMPUR - Syarikat pengkhususan rekaan dan pengubahsuaian sarung telefon, PopMyCase akan mengembangkan pasaran ke Indonesia dan Australia menjelang tahun hadapan.

Pengarah Urusan Kumpulan PopMyCase, Josafri Johari berkata, berdasarkan permintaan tinggi daripada kedua-dua negara itu, pihaknya memperuntukkan RM2.5 hingga RM3 juta untuk setiap negara bagi membuka kilang dan pejabat di sana.

"Buat masa sekarang, pasaran luar negara menyumbang kira-kira 35 hingga 40 peratus perolehan syarikat dan kami menyasarkan dengan pelancaran sarung telefon iPhone 5 hari ini (semalam), ia mampu meningkat kepada 55 hingga 60 peratus," katanya selepas majlis pelancaran sarung telefon iPhone 5 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan